Wednesday, February 2, 2011

Khabar dr bumi MESIR..

hye sume baru je bace blog membe, Afiq yg kini berada di Mesir... 
Rase nk share pengalaman dye selame darurat di sane..
Just a little bit info 4 u guyzzz... 
Catatan ni totally from him....

7 Hari Meniti Kesengsaraan di Bumi MESIR...

Alhamdulilah itu sahaja ucapan yang mampu kami ucapkan bagi pelajar-pelajar Malaysia di bumi anbiya Mesir ni selepas 7 hari talian komunikasi di seluruh Mesir dipotong...terlalu banyak dugaan dan cabaran dari hari ke hari terpaksa kami di sini tempuhi...terlalu panjang untuk diceritakan satu persatu...maka di sini kita ringkaskan rentetan situasi sebenar kehidupan yang berlaku semasa berlakunya revolusi pengganas di Mesir ini...

26 Januari 2011 - Hari yang dinanti-nantikan seluruh pelajar perubatan di semua universiti di Mesir kerana tarikh ni kami semua habis peperiksaan...terlalu banyak aktiviti yang ingin dilakukan dan dirancang semasa cuti musim sejuk kali ni...ada rakan-rakan yang ke Paris,UK,Turki dan ada juga yang balik ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga...selesai sahaja peperiksaan pada jam 12 tengahari kami semua menuju keluar ke pintu pagar utama universiti...pada waktu ini kami mula melihat satu skuad polis Mesir sudah mula berkumpul di hadapan pintu pagar utama universiti...semua hairan dan tertanya kerana jarang sekali polis Mesir keluar beramai-ramai dan membuat sekatan di hadapan pintu universiti...tapi keadaan ketika itu terkawal dan tiada apa-apa yang berlaku...maka kami semua tidak ambil peduli tentang perkara tersebut...


27 Januari 2011 - Pukul 2 petang aku dan rakanku Azfar keluar untuk ke kolam renang kerana kelas renang kami sudah bermula...selesai sahaja kelas renang kami ke kawasan bandar Mansoura untuk membeli barang keperluan sikit...pada ketika itu telah banyak kedai ditutup dan mereka mengosongkan kedai mereka serta memasang papan kayu pada cermin kedai...kami pun pelik sebab terlalu awal untuk peniaga tutup kedai...


Pak arab yang berani tunjuk perasaan sorang-sorang...polis ketika ini masih ada tapi tak berfunsi langsung...semua perut boroi lepas tu kecik-kecik je...mana pemberontak nak takut...hehe



28 Januari 2011 - Tiba-tiba aku terasa lapar gila waktu tu...jam dah pukul 12 tengah malam...malas nak ke dapur masak...jadi aku ajak housemate aku untuk pergi makan kat luar....dalam perjalanan nak ke kedai makan kami nampak ramai pak arab-pak arab pegang kayu,parang menuju ke jalan utama...so apa lagi kitaorang pun follow la pak arab semua tu...bila sampai je kat jalan utama tengok orang semua dah ramai bakar bangunan dan pecahkan cermin balai polis...ada juga yang bakar patung mainan tengah jalan raya dan memberontak...gas pemedih mata disembur...jadi tak nak ambil risiko kitaorang lari la balik rumah...tapi masih lagi ada perasaan nak tahu tu..




Penunjuk perasan di sekitar Tahri Square...
Semua tak puas hati dengan presiden Mesir ni..



29 Januari 2011 - Secara rasminya baru tahu apa yang berlaku di Mesir..tu pun sebab ayah telefon dari Malaysia beritahu apa yang berlaku di sini....yela kami mana ada televisyen semua tu nak dapatkan berita...pukul 1.30 petang waktu Mesir sistem SMS kami disekat...ramai rakan-rakan tak boleh nak hantar SMS pada waktu itu...kalau hantar pun mesej tak sampai...setengah jam kemudian talian telefon seluruh Mesir diputuskan...ini diikuti dengan talian internet dan semua jenis social network di Mesir sudah tidak berfungsi lagi..mesin ATM di seluruh Mesir masih tak berfungsi...ada rakan yang tinggal duit 2 genih je tak boleh nak keluarkan duit...aku plak nasib baik ada lagi 100 genih....semua dah mula panik...pukul 5 petang semua pelajar berkumpul di Malaysian Hall Center...semua pasport kami diberikan semula oleh pegawai yang menjaga kami disini...pengumuman dan surat pelkeliling sudah dikeluarkan dari pejabat kedutaan Malaysia- Mesir meminta supaya semua pelajar Malaysia dikenakan perintah berkurung dari jam 8 malam sehingga jam 9 pagi berkuatkuasa hari tu juga...pada waktu malam semua rumah diarah tutup lampu dan duduk la kami dalam keadaan gelap gelita sampai ke pagi...


30 Januari 2011 - Mesir diisytiharkan darurat dan ditanda sebagai kawasan kuning...sistem talian telefon pulih kembali cuma SMS dan talian internet masih tak berfungsi...bekalan makanan telah habis di rumah jadi semua pergi serbu kedi runcit beli barang keperluan makanan sebelum darurat berlaku...dekat pasaraya sesetengah barang dah habis seperti beras dan susu...jadi instead of rice kitaorg beli la spageti...memang pasaraya sesak dengan orang nak beli makanan....info terbaru yang kami dapat polis Mesir ditarik dan sekarang sistem kawalan keselamatan di Mesir tiada...so bila dah tak da polis makin ramai pemberontak membuat rusuhan....pukul 9 malam seorang rakan aku dari Tanta telefon ingin mengetahui perkembangan terbaru di Mansourah...kawan aku cakap di Tanta smakin teruk kerana rumah mereka dipecah masuk dan dibakar....semua sudah mula packing barang untuk lari di rumah rakan yang lain...semua penerbangan masuk untuk ke Mesir dibekukan...penerbangan keluar pula hanya dilepasakan pada waktu pagi sahaja...sekatan jalan raya terlalu banyak...penerbangan terakhir dari Mesir ke Malaysia ialah pada hari ini....selepas ni dah tak ada penerbangan untuk ke Malaysia...




Pemberontak di Kaherah dan Alexandria membuat tunjuk perasaaan besar-besaran supaya presiden Mesir meletakkan jawatannya...ramai yang terbunuh masa ni...



31 Januari 2011 - Ada khabar angin mengatakan yang pasukan Tentera Udara Malaysia akan ke Mesir nak selamatkan kami di sini...semua plajar diarah supaya packing hand luggage tidak melebihi 10kg...perintah berkurung diperketatkan dari jam 4 petang hingga jam 9 pagi...bekalan makanan di sini semakin berkurangan...hari ni seramai 2 juta banduan di seluruh Mesir sengaja di lepaskan bagi tujuan memberontak...pukul 10.30 malam ada sekumpulan penunjuk perasaan bergaduh di hadapan blok imarah kami...yang kelakarnya perempuan tu yang start pukul laki tu...lepas dah seorang pukul maka yang lain pun main sebat je sampai berdarah-darah semuanya...memang betul-betul perangai pak arab...


1 Februari 2011 - Masih lagi dengan berita pasukanTUDM Malaysia nak hantar bantuan di Mesir...lepas tu ada yang mengatakan pasukan Tentera Laut Malaysia pula nak datang selamatkan kami...mana satu yang betul ni...semua dah makin confuse....tapi kami diarahkan supaya sentiasa alert dengan perkembangan terbaru dan sentiasa bersedia atas sebarng kemungkinan... masa aku pergi kat kedia runcit bwah rumah aku ni dekat televisyen menunjukkan seramai 26 juta pemberontak keluar beramai-ramai membuat tunuk perasaan di Cairo...sekumpulan pelajar Malaysia yang ingin pulang ke tanah air terpaksa di batalkan kerana tiada lagi penerbangan keluar dari Mesir...


2 Februari 2011 - Selepas solat subuh aku tidur balik...yela semua dah tak boleh nak buat..rasa macam duduk dalam penjara...pukul 10 pagi aku bangun...housemate cakap internet dah ada balik...alhamdulilah...yeayyy...bahagianya hidup...dari situ semua status diFacebook di update bagi memberitahu perkembangan kami di sini kepada keluarga di Malaysia bahawa semuanya selamat...perkembangan terbaru yang kami terima semua rakyat Malaysia di Mesir seramai 11 ribu orang akan dipindahkan ke Jeddah dan Mekah sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh pesawat TUDM dan sebahagiannya akan menggunakan kapal tenterea laut untuk ke Jeddah...hari ni juga pukul 2 petang waktu Jeddah 3 pesawat Airbus Air Asia dan MAS selamat tiba di lapangan terbang Jeddah bagi membawa pulang rakyat Malaysia...esok merupakan kumpulan pertama bagi rakyat Malaysia di Mesir akan berlepas ke lapangan terbang Jeddah...kami di Mansourah merupakan trip terakhir iaitu pada 5 hb februari akan ke Jeddah...sampai di Malaysia tak tahu bila....jadi kami di sini mengharap semua rakyat Malaysia mendoakan perjalanan pulang kami berjalan dengaan lancar.....



*Terima kasih kepada keluarga kami di Malaysia yang tak putus-putus telefon hari-hari bertanyakan khabar berita dari kami..

*Terima kasih semua rakan-rakan yang concern dan mendoakan kesejahteraan kami di sini....

*Kepada sesiapa yag terdengar ada pelajar Malaysia di Mesir ni kena rogol atau di cabul oleh pihak pemberontak Mesir maka itu semuanya adalah tipu belaka...semua pelajar Malaysia di sini sihat,selamat dan tak ada seorang pun yang mati ditembak atau dirogol...kama di sini lebih mengetahui berita sebenarnya...




2 comments:

Salwa said...

ooo..kt tv cite dahsyat2.tp kan,kat mesir mmg teruk ke msalah politik??baru nk tau nih.hehe.

nur syuhada said...

hahaha zai2 pas2 nh kene bace NST slaloo k.. ehhe

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pages